-->

Bahasa Arab popular di Amerika


WASHINGTON 8 Dis. - Bahasa Arab menjadi bahasa asing paling berkembang dan diminati di kalangan pelajar universiti di Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah pelajar mendaftar mengikuti kursus bahasa itu meningkat lebih 46 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, menurut satu kajian yang dikeluarkan hari ini.

Selepas bahasa Inggeris, bahasa Arab berada di tangga kelapan mengatasi bahasa Latin dan Rusia paling diminati di kalangan pelajar AS, bahasa yang telah 22 kali disusun oleh Persatuan Bahasa Moden (MLA) sejak 1958.

Bahasa lain yang mencatat peningkatan berganda ialah bahasa Korea yang meningkat lebih 19 peratus, China (18.2 peratus), bahasa isyarat Amerika (16.4 peratus) dan bahasa Portugis (11 peratus).

Tetapi bahasa Sepanyol kekal menjadi bahasa popular di kalangan pelajar universiti AS selepas bahasa Inggeris dengan 865,000 pelajar mendaftar mengikuti pengajian bahas itu, meningkat lima peratus sejak 2006.

Ia diikuti bahasa Perancis dengan pendaftaran pelajar berjumlah 216,000 orang, meningkat lima peratus dan Jerman dengan 96,000 pelajar, meningkat kira-kira dua peratus berbanding 2006.

Pelajar yang mendaftar mengikuti bahasa Rusia pula meningkat dari 24,000 pada 1980 kepada hampir 45,000 orang pada 1990 ketika Kesatuan Soviet berpecah.

Lima tahun kemudian, jumlah pelajar yang mengikuti bahasa Rusia kembali merosot kepada kira-kira 25,000 orang.

Jumlah pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab telah meningkat daripada 5,500 pada 1998 - ketika al-Qaeda mengaku mengebom Kedutaan AS di Nairobi dan Dar-es-Salaam yang mengorbankan ratusan jiwa, melonjak kepada 10,584 orang pada 2002, setahun sebelum Amerika mengetuai penaklukan ke atas Iraq, dan jumlah itu terus meningkat tahun ini kepada 35,000 pelajar.

Kajian itu dibuat berdasarkan pendaftaran kelas bahasa di 2,514 kolej dan universiti di AS yang mewakili 99 peratus institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa di negara ini, kata laporan tersebut.
sumber : Utusan Malaysia

BACA LAGI Read more...

TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SIHIR


1-sakit kepala
2-telinga berdesing atau terdengar bisikan@suara?
3-lenguh bahu
4-mimpi menakutkan
5-mimpi binatang buas,air,jatuh
6-mimpi bayi
7- sakit dada sesak nafas
8-sakit ulu hati
9-sakit perut,urat belikat dan pinggang?
10-susah tido?

11-tersentak ketika tido?
12-terasa ditarik ketika tido?
13- ternampak kelibat?
14-kebas di tangan atau kaki
15- lebam di tubuh
16-sakit nak telan makanan
17-mengantuk dan selalu menyendiri
18- mooddy
19-sedih atau menangis tiba2
20-terasa diekori ketika dalam tandas
21-mimpi ade org ingin berikan sesuatu
22-mimpi rumah terbakar
23-rindu bila jauh benci bila dekat (suami isteri)
24- panas bila duduk dirumah...rimas
25- terdengar bumi ketukan pada dinding, cakaran pada atap.
26- gagal melakukan hubungan seks (bila dah berada atas satu katil dan satu selimut) tanpa sebab2 klinikal
27- Bermimpi rumah lama atau berjumpa org2 yd dah meninggal dunia secara berulang
28- mimpi ade org ingin memberikan sesuatu atau meminta tolong
29-bermusuh atau dimusuhi oleh sesiapa?
30-ragu-ragu tentang keimanan
31-mimpi mengembara
32-sakit di bahagian sendi-sendi
33-bercakap ketika tidur dengan bahasa2 yg boleh difahami atau bahasa asing
34- terasa ada sesuatu bergerak2 di bawah kulit @ terasa seperti di cubit2 di bawah kulit, berubah dari satu tempat ke tempat yg lain
35-bermimpi terbang
36- bermimpi mengandung atau org lain bermimpi kita mengandung

BACA LAGI Read more...

PENGERTIAN KORBAN DARI SUDUT SYARA'


Pengertian (الأضحية):
Istilah Syarak: Binatang yang disembelih samada unta, lembu atau kambing bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq.
Dalil-dalil Pensyariatan:

1. Firman Allah Taala:
‘maka lakukan sembahyang kerana tuhanmu, dan berkorbanlah ‘sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah’.
Yang di maksudkan dengan “النحر” ialah sembelihan korban menurut pendapat yang sahih dikalangan mufassir selepas sembahyang hari raya.

2. Sabda Rasul SAW:
‘Adalah Baginda SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri’ kata Anas: ‘Aku juga melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri’.

3. Pada riwayat yang lain: ‘Rasul SAW telah menyembelih korban dengan dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk, Baginda menyembelih kedua-duanya sendiri, Baginda membaca “basmalah” serta bertakbir dan meletakkan kaki baginda diatas tengkuk kedua-dua kibasy itu’.

Hikmah Pensyariatan:

Korban الأضحية: Menghidupkan kembali sunnah Nabi Ibrahim AS yang telah diuji oleh Allah Taala dengan memerintahkan baginda menyembelih anaknya Ismail AS. Baginda Nabi Ibrahim AS akur dengan arahan tersebut dan bersiap untuk melaksanakan perintah itu. Lalu Allah Subhanahuwa Taala menurunkan pengganti kepada Nabi Ismail dengan seekor kambing kibasy (kambing biri-biri). Lalu diperintahkan agar disembelih kibasy tersebut kemudian disedekahkan dagingnya kepada ahli keluarga dan fakir miskin agar mengembirakan mereka pada hari raya Aidil Adha.

Hukum الأضحية Melakukan Korban:
1. Adalah ‘sunat muaakad’ (سنة مؤكدة).
Sebagai satu syiar yang agong dan sepatutnya kepada umat Islam memeliharanya, seperti yang disebutkan dalam hadis Saidina Anas tadi.

2. ‘Sunnah ala kifayah’ (سنة على كفاية: ليفعلها مرة ويتركها مرة).
Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain.

3. Sembelihan korban adalah tidak wajib.
Berdasarkan perbuatan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA yang tidak melakukanya, kerana bimbang dianggap oleh umat ianya sebagai perkara wajib.

4. Korban boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:

a. (تعيين الأضحية) :
Contohnya, seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan “ini akan kujadikan binatang korbanku”.
Dengan ucapan tersebut menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.
Ianya tidak menjadi wajib sekiranaya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan.
(يعني: لا بد من التلفظ مالك الأنعام)

b. Bernazar untuk melaksanakan korban:
Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya ‘qurbah’ kepada Allah S.W.T. Demikian juga dalam perkara-perkara taat yang lain.

BACA LAGI Read more...

KHUSUK BERSOLAT MELALUI DOA IFTITAH


Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Hai'ah dalam solat. Solat yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia sehingga dia bertakbir, memuji Allah , menyanjungiNya dan dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".

Kita mesti membacanya dengan bertajwid, faham makna serta menghayatinya. jika membaca tanpa memahami apa yang dibaca, serupalah kita dengan burung kakak tua yang tidak faham apa yang diucapkannya.

Jika kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat dan beristghfar mengharap ampunan Allah.

Begitulah juga semasa membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"
Kita hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah, kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda selainNya.

Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta. waliyazubillah.

Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.

Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru sekelian alam"
Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan membelakangi Allah.

Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.

Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan solat kita.

BACA LAGI Read more...

:::PETUA IMAM SYAFIE:::


* Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

* Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

* Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

* Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

* Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

* 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

BACA LAGI Read more...

HUBUNGAN LAILATUL QADAR & NUZUL AL-QURAN

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

BACA LAGI Read more...

NUZUL AL-QURAN


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

BACA LAGI Read more...

JADUAL BAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2011


Jadual pembayaran gaji kepada kakitangan awam bagi tahun 2011 sebagai rujukan dan panduan semua pengunjung. Rancanglah kewangan dengan bijaksana semoga setiap yang kita dapat akan bermanfaat.

BACA LAGI Read more...

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia barudilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf diBaitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan diakhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid
dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

BACA LAGI Read more...

KISAH AIR TAWAR DAN AIR MASIN


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

BACA LAGI Read more...

KELEBIHAN BULAN SYAABAN


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
• Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

• Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

• Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Antara kelebihan di bulan Syaaban :

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid

4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

BACA LAGI Read more...

AWAS.... POKOK HIASAN BERACUN


Salam, Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca , segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.
Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.
Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

BACA LAGI Read more...

ESEKOLAH VERSI 10.2

DOWNLOAD ESEKOLAH VERSI 10.2 SILA KLIK SINI

* CIRI-CIRI VERSION TERBARU IALAH ESEKOLAH V10.2

1. Kebaikan ialah data boleh diupdate (upgrade) jika version sekolah terbaru secara keseluruhan (MAC, JUN, OGOS & OKTOBER) tanpa perlu menaip semula dengan butang khas (Eksport). Namun Esekolah V10 boleh juga diupdate untuk JUN dan Oktober sahaja. Dengan cara import kembali dengan mengklik EPPDJUN / EPPDOKT.

2. Membetulkan links salah JUMLAH KELAS iaitu Tahun Satu tidak dikira di dalam version ESEKOLAH V10.

3. Membetulkan sistem untuk pengguna EPPD & EJPN di bahagian Import dan pilihan Sekolah atau PPD terpilih. (Jika pengguna adalah PPD atau JPN)

4. Esekolah v10.2 digunakakan di Selangor untuk mengumpul Markah Pendidikan Islam sehingga ke JPN.

* Apa akan jadi jika menggunakan Esekolah v10 sahaja?

Bagi pengguna Sekolah (selain Selangor) jika hendak mengekalkan versioan Esekolah v10, tiada masalah dan boleh digunakan dengan selamat. Namun JUMLAH KELAS, Tahun satu tidak dikira.

* Kenapa version E-laporan diwujudkan (Contoh Esekolah v10.2)?

Pada tahun sebelum ini dalam Format e-laporan, jika diperhatikan apabila terdapat kesalahan link data. Selaku admin, tiada cara untuk mengubah version kecuali dengan mewujudkan version baru dan dikehendaki menaip data semula.

Namun tahun ini dalam sejarah, Alhamdulilah. Dengan www.e-laporan.blogspot.com, para pengguna boleh memaklumkan pandangan membina atau keralatan yang terdapat dalam sistem e-laporan kepada Admin.

Dengan kerja berpasukan, akan terhasillah version dengan kebaikan bersama ke arah pemantapan rumusan Format Laporan Pencapaian j-QAF 2010 untuk digunakan oleh semua pihak dengan keesahan. Disamping data tidak perlu ditaip kembali dengan cara mengupgradekan sahaja.

Dalam masa yang sama, para pengguna juga dianggap sebagai orang bertanggungjawab secara bersama untuk kejayaan Format Laporan Pencapaian j-QAF 2010. Ucapan terima kasih didahului di atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Allah sahaja yang membalas.

Harapan semoga usaha ini dapat mempermudahkan urusan dan kepuasan semua pihak. Maaf zahir batin.


Admin / www.e-laporan.blogspot.com / msahrin76@yahoo.co.uk

BACA LAGI Read more...

HUFFAZ AL-QURAN MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG

KALAU beberapa dekad dahulu, memiliki kemampuan menghafaz 30 juzuk al-Quran dan kemudian beralih menguasai bidang profesional lain kedengaran seperti suatu yang jarang berlaku.

Namun hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa keunggulan peribadi ulama terdahulu yang menghafal al-Quran dan pada masa yang sama menguasai pelbagai cabang ilmu, wajar dijadikan idola oleh semua masyarakat Islam pada hari ini.

Ungkapan berbunyi, “Ada ke masa depan dalam bidang hafazan ini?”, “Tamat belajar nanti pun tidak ke mana...” dan “Paling tidakpun, jadi ustaz atau ustazah...”, seharusnya tidak wujud lagi.

Kebelakangan ini, telah nampak satu perubahan yang cukup luar biasa daripada semua pihak dalam usaha memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini.

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan institusi al-Quran terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Ini termasuk dengan memberi bantuan-bantuan yang diperlukan bagi menjalankan program-program yang berkaitan tahfiz al-Quran.

Malah kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke maahad-maahad tahfiz semakin menjadi trend masyarakat hari ini.

Ini menunjukkan masyarakat kita telah diberi pendedahan tentang prospek cerah pendidikan al-Quran, di samping kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan

pendidikan al-Quran.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, adalah antara lapan orang generasi pertama yang yang dihasilkan oleh Darul Quran (DQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kira-kira 44 tahun lalu.

“Pada masa itu tahun 1966, keadaan belajar waktu itu jauh berbeza berbanding zaman sekarang.

“Saya masuk tahfiz disebabkan latar belakang keluarga yang susah di mana ayah dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Selepas belajar sekolah Melayu saya layak ke sekolah beraliran agama dan kebetulan mendapat biasiswa yang membolehkan saya boleh meneruskan pelajaran.

“Duit itulah saya guna untuk menampung pengajian serta membantu keluarga di kampung di samping duit daripada zakat.

“Cabaran zaman itu, bidang tahfiz tidak ada orang hendak masuk kerana tidak nampak masa depannya. Kedua, ia adalah satu kursus yang baru, jadi tidak ada sesiapa yang boleh dijadikan rujukan, idola atau contoh tauladan.

“Jadi semangat dan pendorong saya ialah dengan keazaman mahu keluar daripada kepompongan kemiskinan,” kata Sheikh Ismail mengimbau kenangan ketika berusia 16 tahun.

Menurut Sheikh Ismail, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh dua setengah tahun sekali gus memiliki Sijil Tahfiz al-Quran.

Pada 1982 beliau telah diberi kepercayaan mengasaskan Sekolah Tahfiz al-Quran di Negeri Terengganu seterusnya dilantik sebagai pengetua selama 10 tahun.

“Kemudian pada tahun 1992 saya diminta oleh Kerajaan Brunei untuk menubuhkan sekolah tahfiz di sana. Ketika itu saya sudah nampak ramai para hafiz dan hafizah ini turut berjaya dalam profesion moden lain.

“Tidak seperti di zaman saya dahulu. Ketika itu orang yang mengambil pelajaran agama dipandang kelas kedua berbanding dengan sekolah beraliran Inggeris,” jelas anak kedua daripada tiga adik-beradik kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Beliau yang mula berkhidmat di Masjid Negara pada 2004 menegaskan, Sabda Rasulullah SAW hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran (tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang.”

Justeru, masyarakat kena faham bahawa orang yang hafaz ini diasuh dengan ingatan.

Malah budaya sebegini telah lama sebati dalam kehidupan masyarakat Arab yang mana seawal usia tujuh lapan tahun, anak-anak ini telah mula menghafaz.

“Hafaz ketika kecil seperti ukir di batu tetapi hafaz ketika dewasa, ia umpama ukir di atas air. Ini bukanlah tidak boleh tetapi agak sukar sedikit. Malah jika kanak-kanak ini telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama,” jelasnya.

Kata Sheikh Ismail lagi, di Mesir, latar belakang pelajar yang cemerlang, kebanyakan mereka adalah hafaz al-Quran.

Manakala di India pula, mereka akan memastikan sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarga mestilah bergelar hafiz atau hafizah.

“Alangkah, baiknya jika perkara sebegini juga dijadikan budaya di kalangan masyarakat Islam kita,” saran beliau.
sumber : bernama

BACA LAGI Read more...

ANTARA PERISTIWA DALAM BULAN REJAB

Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

BACA LAGI Read more...

DOWNLOAD eLAPORAN VERSI 10

DOWNLOAD : KLIK PADA GAMBAR

1. Bahagian Khatam Al-Quran TAHUN

1.1 IQRA’(LITERASI) : Perubahan/peningkatan murid dari awal tahun hingga bulan jun.
Cth: Iqra’ 1/Iqra’ 2 bermaksud murid tersebut membaca Iqra’ 1 di awal tahun dan pada bulan jun murid tersebut membaca Iqra’ 2.

1.2 AYAT TERTINGGI: Mengikut bilangan muka surat tidak lagi mengikut ayat tertinggi.

1.3 MARKAH BACAAN: Iqra’ 1-3 01-10 markah
Iqra' 4-6 11-19 markah
Al-Quran 20-40 markah
2. Bahagian Bahasa Arab TAHUN 3
Isi markah ujian yang di buat dua kali iaitu Mac dan Mei.

3.Bahagian Solat Tambahan (Tahun 4-6 sahaja)
Bahagian ini adalah tambahan kepada solat yang ada mengikut sukatan Kem bestari solat Tahun 4-6. Penilaian bagi aktiviti tayammum dan solat Jenazah.

BACA LAGI Read more...

10 000 GURU JQAF AKAN DITAMBAH..

ALOR SETAR 12 Jun — Kementerian Pelajaran merancang untuk menambah 10,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahan itu amat penting bagi menampung kekurangan guru J-Qaf di seluruh negara, yang kini hanya seramai 14,000 orang.

Katanya, pengambilan tenaga guru J-Qaf juga akan dipermudahkan dari semasa ke semasa tetapi syarat kelayakan mungkin akan diperketat dengan calon lepasan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajian dalam program pendidikan agama di institut pendidikan guru.

"Pada masa sama, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat kesesuaian masa sebelum membolehkan jawatan guru-guru agama dan J-Qaf diselaraskan mengikut standard terkini,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Guru-guru Agama Negeri Kedah, di sini hari ini.

Katanya, perkara itu penting bagi membolehkan program J-Qaf melahirkan lebih ramai pelajar aliran agama yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan pelan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang memberi penekanan kepada transformasi ke arah kecemerlangan. - Bernama"

BACA LAGI Read more...

UPSR & PMR AKAN DIMANSUHKAN ?..

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kerana masih memerlukan masa untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kedua-dua peperiksaan itu. “Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau dua bulan, tetapi yang pasti kita akan mengambil masa yang sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.

“Apa pun kita akan tunggu, apabila semua pihak sudah menyuarakan pandangan, maklumat ini akan dikumpul dan kementerian juga akan memanggil pihak yang berkepentingan dalam soal pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Kusaini Hasbullah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga 24 Jun itu disertai lebih 200 peserta yang mewakili Kementerian Pelajaran, KPT, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini yang mahu pakar pendidikan dan masyarakat menyatakan maklum balas mereka mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Mengenai maklum balas yang diterimanya setakat ini, katanya, ia adalah baik kerana ada pihak yang bersetuju supaya kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan dan ada juga yang mahu salah satu peperiksaan itu dikekalkan.

“Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap, beliau berkata, proses lantikan dan penempatan guru akan diperkemaskan lagi dengan adanya perkongsian data antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Muhyiddin berkata, perkongsian data itu akan membolehkan proses lantikan dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan kerana calon yang lulus kursus perguruan tidak perlu lagi dilantik sebagai guru sandaran terlatih, sebaliknya boleh terus dilantik sebagai guru tetap

(sumber : berita harian)

BACA LAGI Read more...

PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT ( 28 MEI 2010 )


Pada 28 Mei 2010 (jumaat) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM


Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah.

Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

KAEDAH PENYEMAKAN



1. Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya sebagaimana di dalam gambarajah.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus,
3. Tempat yang dipilih untuk menyemak arah kiblat hendaklah tempat yang tidak terlindung dari sinaran matahari,

4. Tepat pada masa yang telah ditetapkan, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan adalah bertentangan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.


5. Selain dari tiang yang dipacakkan, kita juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang diyakini tegak dan lurus untuk menyemak arah kiblat.

* Umat Islam adalah disarankan agar memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

BACA LAGI Read more...

DOSA KECIL DAN DOSA BESAR


Dosa bermaksud; “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”. Dosa kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri, mengumpat, menipu dan sebagainya.

Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;

كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ
“Setiap yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. (Riwayat Imam at-Thabrani)

Namun mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran dan hadis kerana Allah berfirman;


“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’:31)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda;

اَلصَّلَوَاْتُ الْخَمْسُ وَ الْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَاْنَ إِلَى رَمَضَاْنَ مُكَفِّرَاْتُ مَاْ بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَاْئِرُ
“Solat lima waktu, solat jumaat hingga jumaat berikutnya dan ramadhan hingga ramadhan berikutnya menjadi penebus dosa-dosa (kecil yang berlaku) di sela-sela waktu tersebut selama dijauhi dosa-dosa besar”. (Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tarmizi dari Abi Hurairah r.a.)

Ayat al-Quran dan hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa di sana ada dosa-dosa besar dan ada dosa-dosa kecil.

Apa maksud dosa besar? Menurut Ibnu ‘Abbas r.a., dosa-dosa besar ialah; “Dosa-dosa yang ditetapkan hukuman had ke atasnya di dunia dan diancam dengan azab di akhirat atau diancam dengan laknat Allah dan kemurkaanNya”. Menurut Imam al-Haramain pula, “Dosa besar ialah dosa yang menampakkan bahawa pelakunya seorang yang kurang menjaga agamanya dan amat longgar pegangannya dengan agama di mana dosa ini menghilangkan al-‘adalah (sifat adil) pada diri seseorang (yakni orang yang melakukannya akan dianggap sebagai fasiq)”.

Apa yang lebih mudah ialah kita menilai dosa-dosa besar berdasarkan tanda-tandanya. Menurut Imam Ibnu Solah; “Tanda-tanda dosa besar antaranya ialah:

1.Diwajibkan hukuman hudud ke atasnya seperti dosa berzina, minum arak, qazaf, mencuri dan sebagainya.

2.Di ancam ke atasnya dengan azab neraka atau sebagainya di dalam al-Quran atau as-Sunnah seperti dosa menyelewengkan harta anak yatim (rujuk surah an-Nisa’, ayat 10), dosa lari dari medan peperangan (rujuk; surah al-Anfal, ayat 16), tidak mengeluarkan zakat, tidak menunaikan solat, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

3.Disifatkan orang-orang yang melakukannya sebagai fasiq.

4.Dilaknat orang-orang yang melakukannya seperti dosa makan riba, dosa rasuah, dosa lelaki yang meniru gaya perempuan atau sebaliknya dan sebagainya.

Adapun dosa-dosa kecil, ia adalah dosa-dosa di bawah tahap atau batasan dosa-dosa besar tadi. Contoh dosa kecil ialah; melihat kepada bukan mahram, suka berbalah atau bertengkar, kencing atau berak dengan mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya, bercakap di dalam masjid dengan perkara-perkara dunia semata-mata dan sebagainya.

Namun harus diingat bahawa walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Malah dosa kecil dalam keadaan-keadaan tertentu akan berpindah menjadi dosa besar. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin telah menjelaskan enam sebab suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar, iaitu:
1.Berterus-terusan melakukannnya
2.Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
3.Gembira, bangga dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab kepada kecelakaan.
4.Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan menangguhkan pembalasan terhadapnya.
5.Melakukan dosa dan kemudian menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.
6.Orang yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim.

BACA LAGI Read more...

ADAB SEORANG MURID


1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu

13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


Elakkan makan makanan
1. Jajan
2. Air atau makanan ada semut padanya
3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4. Makanan yang masam seperti jeruk
5. Otak ikan
6. Makanan yang berajinomoto
7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n

Kerap makan makanan
1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sekali
2. Air kacang soya sekali sehari
3. 2 biji kurma
4. 3 biji kacang pistachios sehari

BACA LAGI Read more...

Dosa-Dosa & Facebook


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)
3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

BACA LAGI Read more...

SKKK JUARA BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN


Walaupun ketinggalan 3 gol pada babak pertama. Semangat juang yang tinggi akhirnya skuad bolasepak SK Kuala Kurau merangkul juara bolasepak bawah 12 tahun Daerah Kerian. SK Kuala Kurau 4 SK Dato Masud 3 ( 4 - 3 )


Barisan pemain dan guru-guru.

BACA LAGI Read more...

JANGAN DENDA BERLARI KELILING PADANG

KUALA LUMPUR - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

"Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

"Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain," kata Balwant.
sumber : kosmo

BACA LAGI Read more...

HINDAR PENYAKIT DENGAN BERSEDEKAH

IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.
Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.” Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.


Sebagai bukti kita boleh catatkan semula kisah yang disampaikan Ustaz Sayid Juail. Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.


“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.


“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.


“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.


“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.


“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.” Maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.” Sebenarnya segala aturan kehidupan semua makhluk di dunia ini ditetapkan Allah. Justeru, setiap orang yang beriman sudah sepatutnya untuk tetap melakukan dan berusaha dengan berpegang teguh kepada Allah.

Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.


Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).” Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.


Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan - dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.


Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”

BACA LAGI Read more...

KEM KHATAM AL-QURAN 2010









BACA LAGI Read more...

TIDAK PERLU SEKOLAH KHAS PELAJAR BERMASALAh

BENTONG 28 Mac - Kerajaan tidak bercadang menubuhkan sekolah khas bagi menempatkan pelajar bermasalah sebagai langkah mengatasi kemelut disiplin membabitkan golongan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, jalan penyelesaian kepada masalah disiplin pelajar tidak boleh ditangani melalui penubuhan sekolah khas, sebaliknya sokongan semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing bagi mendidik dan menyedarkan mereka.

"Kita tidak memerlukan sekolah khas bagi menempatkan pelajar yang dibuang sekolah ekoran masalah disiplin kerana ia tidak menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.

"Paling penting semua pihak terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak pengurusan sekolah duduk bersama berbincang cara untuk memberi kesedaran kepada mereka,'' katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa sesi soal jawab sempena majlis penutup Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010 di Institut Aminuddin Baki di Genting Hinglands di sini hari ini.

Mengulas lanjut Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya memandang serius masalah disiplin yang melanda pelajar sekarang walaupun jumlahnya hanya satu peratus.

Kata beliau, walaupun dari segi peratusan ia adalah kecil, tetapi jumlah sebenar pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin kini mencecah puluhan ribu orang.

''Ini yang membimbangkan kerana jika tidak dibendung ia akan menjalar sehingga mampu menjejaskan institusi pendidikan negara. Usaha menyedarkan pelajar bukan tanggungjawab guru semata-mata, ia harus dipikul oleh semua,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, PIBG perlu berunding dengan ibu bapa sebelum membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat bagi mengelakkan perkara berbangkit.

Menurutnya, perbincangan itu tidak semestinya secara formal tetapi yang penting mampu memberi gambaran kepada PIBG sama ada ibu bapa setuju atau tidak dengan perkara yang hendak diputuskan.

'Terdahulu dalam ucapannya Muhyiddin berkata, PIBG berperanan memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan negara kerana pencapaian dan kejayaan anak-anak di sekolah turut bergantung kepada ibu bapa.

Katanya PIBG ditubuhkan atas peruntukan undang-undang dan bukannya sekadar satu inisiatif atau kehendak ibu bapa.

''Soal pendidikan penting dan perlu diberi perhatian utama bukan sahaja oleh pimpinan negara tetapi ibu bapa. Pencapaian anak-anak kita di sekolah ada hubung kait dengan peranan yang disumbangkan oleh PIBG di seluruh negara,'' katanya.

(sumber: utusan malaysia)

BACA LAGI Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

MUTIARA KATA

" Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selaludan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

DENGAR ALQURAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

SEMAK PRODUK HALAL

TETAMU KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK KUALA KURAU melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK KUALA KURAU tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP