-->

6 PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



BACA LAGI Read more...

12 BARISAN DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap RasulullahSAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikankepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakaladitiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" SurahAn-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basahpakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amatbesar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkanberbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masingdengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakanapakah 12 barisan tersebut

Barisan Pertama

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan danberkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satuseruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka ituadalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakitihati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglahsuara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka ituadalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankansolat, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuhdengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalahorang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti airpancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalahorang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilahbalasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga baubusuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuanderhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pularasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah neraka..." Barisan Keenam

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala merekaterputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadisaksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..." Barisan Ketujuh

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi darimulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Merekaitu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di ataskebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengankepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orangyang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap danbermata biru sementara dalam diri mereka penuh denganapi gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan hartaanak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, makainilah balasannya dan tempat kembali mereka adalahneraka..." Barisan Kesepuluh

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh merekapenuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalahorang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan butamata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduklembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada danlidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut merekadan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yangminum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yangbersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melaluititian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara darisisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Merekaadalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, merekamemelihara solat lima waktu, ketika meninggal duniakeadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapatkeampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang MahaPengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan denganAllah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jikaengkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,tahulah engkau betapa peritnya berpisahdenganNya.....Wallahua'alam.

BACA LAGI Read more...

SELAWAT KE ATAS RASULULLAH PERINTAH WAJIB


Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.

Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.
1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).
3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.

BACA LAGI Read more...

DOA RINGKAS SELAPAS SOLAT


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

BACA LAGI Read more...

KEMATIAN ITU PASTI


AL-MARAGHI berkata: Setelah Allah SWT menghiburkan nabi-Nya sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang lalu memuatkan pendustaan kaumnya terhadapnya. Sebahagian daripada rasul sebelummu telah didustakan oleh kaumnya sebagaimana engkau sekarang didustakan.

Para rasul dahulu menghadapi penderitaan daripada kaumnya sebagaimana yang engkau hadapi sekarang. Bahkan (penderitaan mereka dahulu) lebih berat. Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh seperti yang tejadi kepada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s.
Sebab nuzul ayat ke-185
Ibnu Abbas berkata: Tatkala turunnya ayat daripada surah Sajadah ayat 11 yang bermaksud: Katakanlah yang mematikan kamu ialah malaikat maut yang diwakilkan denganmu, lantas mereka bertanya: Hai Rasulullah, sesungguhnya ayat ini diturunkan terhadap anak Adam, bagaimana berkenaan dengan kematian jin, burung dan binatang? Lantas turunnya ayat ini.
Iktibar dan fiqh ayat ke-185
l Ibnu Kathir berkata: Allah SWT menceritakan secara umum yang meliputi semua makhluk-Nya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Yang tidak mati hanyalah Allah sahaja.
Antara yang mati ialah jin, manusia, malaikat dan lain-lain. Ayat ini dengan jelas merupakan takziah kepada semua manusia. Tidak ada yang kekal di atas muka bumi kecuali pasti menerima kematian.
l Ibnu Jauzi berkata: Ayat ini memberi berita gembira kepada yang melakukan kebaikan dan memeberi ancaman yang melakukan kejahatan.
Ayat ini juga memberitahu hakikat kehidupan penuh dengan tipu daya dan diberi panjang angan-angan tentang kehidupan yang kekal, sedangkan ia boleh berlaku kematian pada bila-bila masa.
l Al-Qurtubi berkata: Apabila Allah menceritakan berkenaan orang bakhil dan kufur, lantas Allah perintahkan kepada orang yang beriman supaya bersabar di atas ujian yang dihadapi oleh mereka.
l Al-Maraghi berkata: Setiap yang berjiwa akan mengalami saat perpisahan dengan jasad (badan). Ini menunjukkan jiwa tidak akan mati sekalipun badannya mati.
Ini disebabkan yang mampu merasakan sesuatu adalah sesuatu yang wujud (ada), sedangkan yang mati tidak akan mampu berasa sesuatu.
l Hamka berkata: menurut ahli-ahli tafsir terutamanya ditegaskan oleh Ibnu Jarir bahawasanya ayat ini yang menyatakan bahawa tiap-tiap nyawa pasti merasakan mati, adalah lanjutan tasliyah ubat penawar hati Nabi dalam kesibukan perjuangan yang kadang-kadang menghadapi tentangan, dan dia pun menjadi ubat penawar bagi sekalian orang yang menegakkan iman.
l Al-Sonhadji berkata: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan bertemu ajal. Sebenarnya nyawa itu tidaklah sekali-kali mati dengan sebab matinya tubuh badan atau jasad.
Hanya yang hidup sahaja yang menikmati kehidupan akan tetapi kematian pasti akan menjemput bagi setiap makhluk yang bernyawa.
Iktibar dan fiqh ayat ke-186
l Ibnu Kathir berkata: Orang beriman pasti diuji sama ada tentang hartanya, jiwanya, anaknya, dan keluarganya. Ujian tersebut berdasarkan kadar keimanannya. Jika imannya kuat maka ujiannya bertambah, sebaliknya jika lemah maka ujiannya perlahan.
l Al-Qurtubi berkata: ayat ini ditujukan kepada nabi dan umatnya. Maknanya kamu pasti akan diuji pada harta kamu dengan musibah dan lain-lain taklif syarak. Begitu juga jiwa dan kematian, sakit dan kehilangan orang yang dikasihi.
l Al-Maraghi berkata: Ujian terhadap harta adakalanya dalam bentuk galakan, kebajikan yang dapat mengangkat martabat umat Islam dan menghancurkan musuh, menolak bala, membasmi wabak penyakit dan lain-lain.
Ujian terhadap diri (jiwa) dalam bentuk pengerahan tenaga adalah untuk berjihad pada jalan Allah SWT, kematian ahli keluarga, teman yang dicintai dan berjuang membela kebenaran.
l Hamka berkata: Dalam kehidupan, dugaan pasti datang. Segala kesulitan pasti akan dapat diatasi. Orang bersenjata kita pun bersenjata. Orang menyerang kita menangkis dan sesekali kita pun menyerang. Tetapi pertahanan batin tidak lain ialah sabar dan takwa.
l Al-Sonhadji berkata: Satu peringatan untuk memberi kesedaran kepada orang mukmin supaya tidak terkejut sampai hilang kewarasan dan terperanjat bilamana ujian Allah SWT datang menimpa ke atas harta mereka atau diri mereka.
Semoga kita sentiasa reda dengan ujian Allah dan bersyukur di atas segala nikmatnya. Mudah-mudahan nikmat tersebut akan bertambah dan berkekalan. Amin.
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

BACA LAGI Read more...

KBS 2010 : KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2


23 Januari 2010 bertempat di surau Sk Kuala kurau telah dilaksanakan Kem Bestari Solat kali yang pertama bagi sesi 2010. KBS ini melibatkan murid-murid Tahun Dua. Kesemuanya berjumlah 62 orang. Kehadiran murid amat menggalakan. Kem ini dimulakan dengan taklimat, bacaan doa dan pembahagian kumpulan. Kemudian para peserta telah diagihan mengikut kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan diwakili oleh seorang fasilitator. Fasilitator tediri daripa guru j-Qaf dan GPI. Peserta telah didedahkan dengan bacaan dalam solat, teori solat dan amali solat dan pada akhirnya diadakan amali solat secara berjemaah. Dalam aktiviti LDK pelbagai teknik serta pendekatan telah digunakan oleh fasilitator dalah usaha menarik minat para peserta untuk mengikuti dan melibatkan diri dalam KBS ini. Insyaalah, kem ke-2 dan selanjutnya akan menyusul mengikut jadual atau taqwim yang telah dirancang.

BACA LAGI Read more...

PERANCANGAN PANITIA AGAMA ISLAM 2010


Perancangan Aktiviti Panitia Agama Islam Sepanjang tahun 2010


BACA LAGI Read more...

JADUAL TASMIK DAN KLAQ 2011



jadual tasmik serta kelas literasi al-quran untuk tahun 2011.

BACA LAGI Read more...

TAKWIM KBS 2011 SKKK


Untuk makluman semua ibubapa / penjaga murid Islam Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau. Jadual aktiviti Kem Bestari Solat telah disediakan di dalam Takwim Rasmi SKKK Sesi 2011. Segala perubahan tarikh dan waktu akan dimaklumkan dengan kadar yang segera.

BACA LAGI Read more...

DIDAKWA HINA KESULTANAN JOHOR

SEREMBAN 29 Jan. - Seorang juruteknik komputer sambilan yang bakal melangsungkan perkahwinan esok, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor dan rakyat menerusi penulisannya dalam laman blog adukataruna.blogspot.com.my.
Khairulizam Abdul Ghani, 29, membuat pengakuan tersebut hari ini selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zambri Abu Bakar.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No. 297 Rumah Rakyat Panchor di sini antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, 22 Januari lalu

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport antarabangsanya.

Peguam Mohd. Radzlan Jalaludin yang mewakili Khairulizam pula memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM5,000 memandangkan tertuduh bakal melangsungkan perkahwinannya esok.

Zambri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Hakim turut menetapkan 31 Mac ini bagi sebutan semula kes itu.

Mengikut laporan akhbar, Khairulizam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.40 petang, 26 Januari lalu.Dia dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel dan disiarkan dalam blog berkenaan.

BACA LAGI Read more...

PEMANTAUAN j-QAF 2010

Zon

Daerah

Tarikh

A

Kinta Utara

19 Jan 2010

Kinta Selatan

20 Jan 2010

Kuala Kangsar

27 Jan 2010

B

Larut Matang Selama

25 Jan 2010

Hilir Perak

26 Jan 2010

Hulu Perak

3 Feb 2010

Batang Padang

4 Feb 2010

C

Kerian

8 Feb 2010

Manjung

9 Feb 2010

Perak Tengah

10 Feb 2010



Sektor Pendidikan Islam akan melaksanakan pemantauan pada Bulan Januari dan Februari 2010 di SEMUA sekolah pelaksanaan j-QAF. Pegawai-pegawai dari JPN/Jemaah Nazir/PPD akan terlibat dengan pemantauan ini dibeberapa sekolah terpilih.

Pihak sekolah dipohon untuk MUAT TURUN borang pemantauan berikut sebelum pemantauan dibuat. Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk akses ke halaman muatturun berkaitan. (Surat makluman sedang diproses) - Sila buat pendaftaran percuma jika anda belum berdaftar.

BACA LAGI Read more...

DOWNLOAD FILE J-QAF

DOWNLOAD RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 2

DOWNLOAD SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 1
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 2
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 3
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 4
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 5
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 6


DOWNLOAD PKSR BAHASA ARAB
PANDUAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 1

PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 2

PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 3

DOWNLOAD FILE BAHASA ARAB
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 1
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 2

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 3

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 4

RANCANGAN PENGAJARAN
BAHASA ARAB THN 5


DOWNLOAD SOALAN PKSR BAHASA ARAB
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 4 (Kertas 1)
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 4 (Kertas 2)

SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 5 (Kertas 1)
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 5 (Kertas 2)

BACA LAGI Read more...

KEWAJIPAN BERDAKWAH

Tidak ada nas, baik dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis yang menunjukkan bahawa dakwah itu adalah kewajipan yang terkena ke atas individu-individu atau kelompok-kelompok tertentu sahaja. Sebagaimana solat dan puasa, dakwah adalah satu fardhu ‘ain yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengucap syahadah. Tidak ada bezanya samada dia berketurunan Melayu, India, Arab, Inggeris, Bangladesh dan sebagainya. Tidak ada beza di antara pekerja kilang, ahli korporat, pelajar, peguam, polis, tentera, rakyat, pemerintah, miskin, kaya, baik lelaki ataupun wanita; juga tidak ada bezanya samada dia mendapat tauliah dari manusia atau tidak, kesemuanya dibebankan oleh Allah dengan kewajipan yang sama. Kewajipan berdakwah adalah termasuk di dalam hal yang maklum minaddin bi dharurah. Maksudnya, tidak ada seorangpun yang boleh berhujah di hadapan Allah di akhirat kelak bahawa dia tidak melakukan dakwah kerana tidak tahu akan kewajipannya!

Walaupun kewajipan dakwah adalah terlalu jelas, namun terdapat segelintir dari umat Islam yang langsung tidak berdakwah. Kejahilan telah membelenggu mereka menyebabkan mereka menganggap bahawa solat dan puasa itu wajib, tetapi dakwah tidak. Sebahagian yang lain pula benar-benar menjaga solat mereka, tetapi tidak pernah menjaga dakwah mereka. Mereka solat secara konsisten, tetapi tidak pernah berdakwah secara konsisten. Mereka menganggap bahawa dakwah hanyalah aktiviti ‘part time’ yang hanya akan dilakukan bila perlu dan jika ada masa lapang. Bila sibuk dengan urusan dunia, maka dakwah akan ditinggalkan, walaupun mereka ini mungkin tidak pernah meninggalkan solat di dalam kesibukan mereka. Ada sebahagian yang lain memberikan alasan ‘tidak cukup ilmu’ untuk berdakwah. Anehnya, mereka ini dalam masa yang sama tidak pula berusaha untuk menuntut ilmu, walaupun menuntut ilmu itu jelas-jelas diwajibkan oleh Islam. Apabila diajak untuk mempelajari ilmu Islam ataupun berdakwah, pelbagai alasan diberikan, walhal dalam masa yang sama mereka boleh menghabiskan masa di gelanggang futsal setiap minggu, menonton TV berjam-jam sehari, bermain golf sepanjang hari, melancong dan sebagainya. Mereka boleh pula menuntut pelbagai ilmu lain dengan amat mendalam, tetapi tidak ilmu Islam. Malah sebahagian mereka sanggup menghabiskan umur bermati-matian untuk cemerlang mendalami ilmu ekonomi Kapitalis, berusaha untuk mencapai kegemilangan dalam mempelajari dan melaksanakan undang-undang kufur serta ingin menjadi terkenal dan terbilang di dalam menerapkan sistem pemerintahan yang diwarisi dari penjajah. Bagi mereka, dakwah merupakan satu ‘bebanan’, bukannya kewajipan!

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya kewajipan mengembang dakwah adalah terletak di atas bahu setiap dari kalian. Kewajipan agung inilah, yang apabila kalian lakukan akan dapat menjadikan kalian sebagai pewaris kepada para Nabi dan Rasul, satu kedudukan yang teramat mulia yang Allah kurniakan, khusus hanya kepada pengembang dakwah yang ikhlas untukNya. Apa lagi yang kalian harapkan di dalam hidup ini jika tidak untuk meraih kemuliaan di sisiNya? Justeru, bukalah pintu hati kalian untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu Islam, seterusnya berusaha mengembang dakwah Islam demi untuk menegakkan deen Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan sahabat-sahabat baginda. Berdakwahlah kalian untuk kepentingan akhirat, bukannya untuk habuan dunia; berharaplah kalian kepada redha Allah, bukannya redha manusia. Tiada sesiapapun yang akan dapat menyelamatkan kalian dari api neraka; hanya Allah jualah sebaik-baik Penolong dan Pelindung kalian. Bergeraklah kalian di dalam dakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah dan berdoalah kalian agar pertolongan Allah bersama-sama dengan kita. Ingatlah akan firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian.” [TMQ Muhammad (47):7

BACA LAGI Read more...

PERCUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.
Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.
“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”
Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.
Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.
Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.
Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”
Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.
Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”
Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”
Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”
Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”
Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

BACA LAGI Read more...

BULAN MUHARAM

Muharram adalah bulan pertama dalam Taqwim Islam (Hijrah). Muharram asasnya bermaksud 'diharamkan' atau 'dipantang', yakni terdapat larangan Allah SWT pada melakukan peperangan mahupun pertumpahan darah. Akan tetapi larangan ini akhirnya dimansuhkan olehNya melalui ayat 91 dari Surah Al-Baqarah. Sejak itu, umat Islam bebas melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa ikatan.
Imam Salih dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Emir Sultan, Dandenong hari ini menyentuh akan bulan Muharram ini. Bulan ini telah dinamakan sebagai bulan Allah oleh RasuluLlah SAW. Sesungguhnya baginda SAW tidak menyandarkan Allah SWT kepada sesuatu melainkan kemuliaan dan kelebihannya berbanding yang lain sebagaimana dinamakan Baitullah yang merujuk kepada Kaabah.

Dari Abu Hurairah r.a., bersabda RasuluLlah SAW, mafhumnya :

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam”
Keutamaan berpuasa di bulan Muharram amat ditekankan oleh RasuluLlah SAW sehingga meletakkannya selepas kewajiban puasa di bulan Ramadhan. Akan tetapi dari segi hari, kita sedia maklum puasa enam hari di bulan Syawal dan puasa hari Arafah lebih diutamakan.

eterusnya Imam Salih menyentuh tentang Hari Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Sebelum disyariatkan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan, RasuluLlah SAW telah menyeru umatnya berpuasa pada hari Asyura setelah didapati orang Yahudi melakukannya atas dasar hari kemenangan Nabi Musa AS dan pengikutnya ke atas Firaun. Setelah diwahyukan kewajiban berpuasa Ramadhan, maka berpuasa pada hari Asyura adalah sunat yang amat digalakkan.
RasuluLlah SAW bersabda, mafhumnya :
“Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya” (HR Muslim)
Dengan keutamaan pada bulan Muharram ini, umat Islam amat digalakkan agar berusaha mempertingkatkan amalan dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Semoga ganjaran yang dijanjikan akan menjadi milik kita sebagai bekalan dalam perjalanan menemui Allah SWT. Amiin.
Banyak peristiwa penting yang berlaku dirujukkan kepada tanggal 10 Muharram ini, antaranya :-
>> Allah SWT menciptakan alam
>> Allah SWT menurunkan rahmat
>> Allah SWT menjadikan 'Arasy
>> Allah menjadikan Luh Mahfuz
>> Allah menjadikan Malaikat Jibril
>> Nabi Adam bertaubat kepada Allah SWT
>> Nabi Idris diangkat ke langit
>> Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar
>> Nabi Ibrahim diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud
>> Nabi Musa menerima kitab Taurat daripada Allah SWT
>> Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
>> Nabi Yaakob dipulihkan penglihatannya oleh Allah SWT
>> Nabi Ayub disembuhkan dari penyakit kulit yang “menjijikkan” manusia
>> Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus
>> Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun dan tenteranya
>> Nabi Daud diampuni Allah SWT akan kesalahannya
>> Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
>> Nabi Isa diangkatkan ke langit

BACA LAGI Read more...

SEJARAH SEKOLAH


Dibina dalam tahun 1918 sebagai sekolah rakyat dengan sebuah bangunan kayu PWD No. 398, berukuran 60’ X 24’. Kemudian disusuli dengan sebuah bangunan lagi PWD 592 berukuran 62’ X 24’ di atas sebidang tanah seluas 2 ekar 3 rod 23 pol. Guru Besar pada masa itu ialah Cikgu Basiron.

Pada tahun 1924 dianggarkan seramai 120 orang murid belajar dan pada tahun 1939 pula keramaian bertambah kepada 136 orang dengan 4 orang guru. Semasa kedatangan jepun pada Perang Dunia Kedua pada 1941, murid sekolah ini seramai 140 orang dan 4 orang guru. Selepas tamat Perang Dunia Kedua tahun 1946 keramaian murid 106 orang dan guru 5 orang.

Pada tahun 1957, semasa menyambut kemerdekaan keramaian murid semakin bertambah sehingga meningkat 304 orang dan keramaian guru juga bertambah menjadi 9 orang. Pada 5.5.1967 Cikgu Abdullah Thani bin Hj. Ahmad dari SK Sungai Megat Aris mula bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini dengan rasminya. Keramaian murid 611 orang dan keramaian guru 19 orang.

Bangunan baru mula dibina pada tahun 1974, bangunan 2 tingkat dengan 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber dan kantin. Bangunan ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad pada 24 Ogos 1975. Pada ketika itu keramaian murid ialah 851 orang dan 25 orang guru. Pada 20.8.1979, Guru Besar En. Abdullah Thani bin Hj. Ahmad telah bertukar ke SK Taiping.

Pada 2.1.1980, Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Ihsan dari SK Parit Haji Wahab mula bertugas sebagai Guru Besar dengan rasminya disekolah . keramaian murid sebanyak 932 orang dan guru 31 orang. Sebuah lagi banggunan baru (pasang siap) yang mempunyai 6 bilik darjah dan menjadikan sekolah ini mempunyai 16 bilik darjah pada tahun 1983. dua orang tokoh ternama dalam sejarah tanah air yang pernah menjadi murid sekolah ini ialah En. Yusof bin Ishak (Bekas Presiden Republik Singapura) dan adik beliau En. Abdul Aziz bin Ishak (Bekas Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu) selepas merdeka.

Pada 16.11.1987, Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Ihsan telah bertukar ke SM Raja Lope Nor Rashid Tanjung Piandang dan Digantikan dengan En. Badruzzaman bin Hj. Mohd Hassan, Guru Besar dari SK Dato’ Alauddin, selinsing. Keramaian murid 826 orang dan guru 30 orang dengan seorang pegawai kerani dan 5 orang pekerja. Pada 16.11.1991, En. Ismail bin Hj. Zakaria telah bertukar dari SK Kuala Kurau ke SK Guru Nanak Ipoh (Guru Besar) dan digantikan dengan En. Shaari Embon, Penolong Kanan Hem dari SM Tok Perdana, Sitiawan, Perak. Keramaian murid 817 dan guru 38 orang, seorang kerani serta PAR dengan 7 orang pekerja. En. Mohd Khalid bin Mohd Yusof, Guru Besar SK Telok Medan ke sekolah ini pada 16.6.1992 sebagai Guru Besar dan telah bersara dalam perkhidmatan pada 27.8.1998.

Pada tahun 1990 sebuah bangunan PKG telah dibina. Bagi menjayakan sekolah satu sesi pada tahun 2001 pihak kerajaan telah mendirikan 2 blok bangunan tambahan 3 tingkat.Pada awal Julai 2002 sekolah dijalankan dalam satu sesi sahaja. Pada tahun 2001 juga sebuah bangunan makmal komputer telah dibina, tetapi ianya hanya siap dan boleh digunakan pada akhir tahun 2004.

BACA LAGI Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

MUTIARA KATA

" Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selaludan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

DENGAR ALQURAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

SEMAK PRODUK HALAL

TETAMU KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK KUALA KURAU melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK KUALA KURAU tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP