-->

INFO AIDILFITRI SK KUALA KURAU

1) MUQADDIMAH
- Di dalam agama Islam terdapat 2 perayaan iaitu Hari Aidil Fitrah dan Haji;
- Menurut syariat, menyambut hari Eidil Fitri didahului dengan puasa, zakat, takbir dan solat
raya
2) MAKNA ‘EID (HARI RAYA)
- Eid ertinya kembali.- Dinamakan begitu kerana disebabkan berulang pada setiap tahun;
- Atau disebabkan kegembiraan yang timbul dengan kembalinya hari itu;
- Atau umat Islam kembali dalam keadaan bersih daripada dosa setelah melakukan amal ibadah,
taubat dan sebagainya sepanjang Ramadhan;
- Atau juga kerana umat Islam kembali kepada asal tidak berpuasa seperti sebelum Ramadhan.

3) SOLAT EIDIL FITRI
- Disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah;
- Hukumnya sunnat muakkad dan dituntut melakukan secara berjamaah, tetapi sah jika
bersendirian;
- Dituntut mendirikannya kepada semua mukallaf – lelaki, perempuan, dan orang bermukim
atau bemusafir.
- Tidak sunat azan dan iqamah, tetapi diseru dengan :

“assolaatu jaami’ah”

- Waktunya bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincirnya, tetapi yang utama ialah
ketika matahari naik setinggi galah, kerana itulah waktu yang selalu didirikan solat oleh Nabi
SAW
- Mempunyai 2 rakaat, dimulakan dengan takbiratul ihram, kemudian membaca doa iftitah,
kemudian bertakbir sebanyak 7 kali dalam keadaan mengangkat tangan sehingga bersetentang
dua bahunya seperti mana takbiratul ihram
- Ketujuh-tujuh takbir itu dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana
dan disunnatkan membaca tasbih :

سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُ لِله وَلا اِلهَ اِلا الله وَالله اَكْبَر

Kemudian membaca isti’azah dan surah al-Fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa .
- Apabila berdiri pada rakaat yang kedua, hendaklah bertakbir sebanyak 5 kali, tidak termasuk
takbir yang dibaca ketika bangun dari sujud.
- Kelima-lima takbir itu juga dipisahkan dengan bacaan tasbih.
- Kesemua takbir tambahan itu hukumnya sunnat sahaja, jika terlupa melakukannya dan terus
membaca al-Fatihah, maka takbir-takbir tadi luput dan tidak perlu diulangi semula dan
solatnya tetap sah.
- Boleh didirikan di masjid atau di padang, yang afdhal ialah tempat yang luas dan memuatkan
semua orang yang bersembahyang.

4) KHUTBAH HARI RAYA
- Dilakukan selepas solat hari raya, berlawanan dengan khutbah Jumaat;
- Semua rukun dan sunnat khutbah sama seperti khutbah Jumaat;
- Khutbah pertama sunnat dimulakan dengan 9 kali takbir, dan khutbah kedua dengan 7 kali
takbir.

5) BERTAKBIR PADA HARI RAYA
- Sunnat bertakbir bermula tenggelamnya matahari pada malam hari raya di rumah, di
jalanraya, di masjid dan di pasar dengan suara yang tinggi sehinggalah imam mengangkat
takbiratul ihram untuk solat hari raya;
- Pada hari raya puasa, takbir tidak lagi disunnatkan selepas solat raya, bahkan sunnatnya
berakhir apabila imam mengangkat takbiratul ihram.
- Lafaz takbir :

6) ADAB-ADAB PADA HARI RAYA
- Mandi dan memakai pakaiannya yang cantik dan bersih.
- Disunnatkan datang lebih awal ke masjid pada pagi hari raya.
- Pada hari raya puasa, disunnatkan makan sedikit sebelum keluar untuk menunaikan solat hari
raya.
- Disunnatkan pergi ke tempat sembahyang atau masjid dengan melalui satu jalan dan kembali
dengan jalan yang lain.

7) MENZIARAHI KUBUR
- Menziarahi kubur tidak disunnatkan pada waktu-waktu tertentu seperti hari raya sahaja,
bahkan dilakukan pada bila-bila masa.
- Para ulama bersepakat bahawa sunnat bagi golongan lelaki menziarahi kubur orang Islam.
- Bagi golongan perempuan, makruh menziarahi kubur kerana dibimbangi berlaku tabarruj
(solekan yang berlebihan ketika keluar rumah), menjerit-jerit dan mengangkat suara.
- Walaubagaimanapun disunnatkan menziarahi kubur Rasulullah SAW dan kubur para Nabi
serta orang soleh, dengan syarat mereka keluar dengan tidak dalam keadaan berhias, tidak
mengangkat suara dan bersesak-sesak dengan golongan lelaki.

8 ) ADAB MENZIARAHI KUBUR
- Disunnatkan memberi salam kepada penghuni kubur dengan berkata :


السلام عليكم دَارَ قَومٍ مُؤمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاحِقُونَ

“Salam sejahtera buat kamu semua wahai penghuni di rumah orang-orang beriman. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan datang menyusul pula bersama-sama kamu”.

- Datang dengan menutup aurat, bersopan, tidak berbuat bising atau bergelak ketawa, serta
tidak melaungkau atau duduk di atas kuburan.
- Tidak melakukan perkara khurafat seperti pemujaan, atau meninggalkan wang ringgit di tanah
kubur dan sebagainya.
- Dibaca di sisi mereka ayat-ayat al-Quran kerana rahmat Allah akan turun ketika ayat dibaca.
- Setelah selesai membaca al-Quran, hendaklah mendoakan kebaikan untuk mereka, pahala
bacaannya dihadiahkan kepada ruh-ruh mereka.
- Apabila doa diterima Allah, maka simati akan mendapat manfaat daripada pahala bacaan yang
dihadiahkan kepadanya.

9) PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL
- Disunnatkan berpuasa 6 hari dalam bulan syawal, berdasarkan perintah Nabi SAW :

“Sesiapa berpuasa Ramadhan dan diikutidengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka ia seumpama
berpuasa sepanjang tahun”.

- Puasa 6 hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang seli tetapi sebaik-baiknya
dilakukan secara berturutan selepas hari raya pertama.
- Melewatkan puasa sunnat syawal akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera
melakukan ibadah adalah lebih afdhal.
- Menurut ulama’ terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib asy-Syarbini dan Imam
Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha, nazar atau sebagainya dalam bulan syawal
akan memperolehi pahala puasa sunnat syawal.

10) ADAB BERTAMU
- Berziarah pada masa yang sesuai dan disenangi tuan rumah;
- Masuk ke rumah setelah diizinkan dan memberi salam;
- Menjaga mata, jangan liar memandang ke sana ke mari;
- Tidak meminta sesuatu yang boleh menyusahkan tuan rumah;
- Tidak berziarah ke rumah yang boleh mendatangkan fitnah
seperti berdua-duaan tanpa mahram dan sebagainya;
- Jangan duduk terlalu lama atau terlalu bersegera hendak
pulang;
- Meninggalkan tuan rumah dengan salam dan berjabat tangan
sesama lelaki atau sesama perempuan;

11) ADAB MENERIMA TETAMU
- Memuliakan tetamu dgn bermanis muka & kata-kata yg sopan;
- Memenuhi hajat tamu jika ia memerlukan bantuan mengikut
kemampuan;
- Tidak membezakan layanan antara tetamu yg berada &
sebaliknya
- Tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah supaya dipuji
orang;
- Memberi jamuan walaupun ala kadar sebagai penghormatan;

12) TUNTUTAN BERMAAF-MAAFAN
- Memohon maaf terhadap sesama manusia adalah satu sikap
yang dianjurkan agama, tambahan lagi kepada orang tua dan
ahli keluarga;
- Sementara orang yang suka memberi maaf termasuk orang
bertaqwa. Firman Allah :

“(Orang yang bertaqwa itu) ialah, orang yang menafkahkan harta ketika senang dan susah, menahan marah, dan suka memaafkan orang lain; Allah suka orang yang berbuat baik”. (Ali Imran : 134)

- Sabda Nabi SAW :

“Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang, ketika ia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan (hari kiamat)”.

13) LARANGAN BERJABAT TANGAN ANTARA BUKAN MAHRAM LELAKI – PEREMPUAN
- Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan wanita
bukan mahram, kecuali dengan para isterinya;
- Islam melarang perbuatan itu dengan tujuan pencegahan awal,
supaya jangan sampai timbul fitnah, atau keinginan seksual
atau keseronokan;

14) HUKUM MEMBERI DUIT RAYA
- Harus hukumnya bersedekah duit raya sebagai satu
kegembiraan terutama kepada anak-anak kecil dan orang susah.
Sabda Nabi SAW :

“Hendaklah kamu memberi hadiah, nanti akan timbul rasa kasih sayang”.

- Sabda Nabi SAW :

“Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”.

- Walaubagaimanapun, para ibubapa hendaklah mendidik anak-anak agar jangan suka meminta-minta dengan orang lain.

15) MENERUSKAN AMALAN YANG BAIK DALAM RAMADHAN KE DALAM BULAN SYAWAL

- Antara ibadah yang sewajarnya diteruskan adalah seperti rajin membaca al-Quran, solat berjamaah, suka bersedekah, berpuasa sunnat, mendengar ceramah dan tazkirah, mendirikan solat sunnat seperti solat tahajjud, tasbih, hajat, witir, rawatib, rajin ke masjid dan sebagainya.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

MUTIARA KATA

" Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selaludan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

DENGAR ALQURAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

SEMAK PRODUK HALAL

TETAMU KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK KUALA KURAU melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK KUALA KURAU tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP