MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAMI
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU AKAN MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN DALAM USAHA MEMBANGUNKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH INI. USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN GENERASI YANG BERILMU DAN BERKETRAMPILAN MEMERLUKAN SUATU PERANCANGAN KHUSUS BAGI MEMBAWA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DI DAERAH KERIAN. OLEH ITU SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU MEMPUNYAI PERANCANGAN TERSENDIRI BAGI MELAHIRKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN INI DAN TUMPUAN ADALAH DIBERI KEPADA :
PENGURUSAN
1. memantapkan pengurusan berkualiti
2. Membangunkan sumber manusia berasaskan pembinaan jati diri
3. Mengurus dan mengawal selia prasarana yang ada.
KURIKULUM
1. Meningkatkan pencapaian kecemerlangan kurikulum menerusi pengajaran dan
pembelajaran berkualiti.
2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti peperiksaan UPSR
3. Memberi tumpuan kepada Pendidikan Islam, Al Quran dan Jawi.
KOKURIKULUM
1. Memantapkan penglibatan 100% murid Tahap 2 di dalam aktiviti kokurikulum
2. Mempertingkatkan tahap kecemerlangan kokurikulum ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Mempertingkatkan kompetensi pengurusan kokurikulum.
HAL EHWAL MURID
1. Mengurangkan masalah disiplin ke tahap yang lebih kecil
2. Mengukuhkan dan memantapkan perpaduan dan integrasi kaum.