MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAMI

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU AKAN MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN DALAM USAHA MEMBANGUNKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH INI. USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN GENERASI YANG BERILMU DAN BERKETRAMPILAN MEMERLUKAN SUATU PERANCANGAN KHUSUS BAGI MEMBAWA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG DI DAERAH KERIAN. OLEH ITU SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU MEMPUNYAI PERANCANGAN TERSENDIRI BAGI MELAHIRKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN INI DAN TUMPUAN ADALAH DIBERI KEPADA :

PENGURUSAN
1. memantapkan pengurusan berkualiti
2. Membangunkan sumber manusia berasaskan pembinaan jati diri
3. Mengurus dan mengawal selia prasarana yang ada.

KURIKULUM
1. Meningkatkan pencapaian kecemerlangan kurikulum menerusi pengajaran dan
pembelajaran berkualiti.
2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti peperiksaan UPSR
3. Memberi tumpuan kepada Pendidikan Islam, Al Quran dan Jawi.

KOKURIKULUM
1. Memantapkan penglibatan 100% murid Tahap 2 di dalam aktiviti kokurikulum
2. Mempertingkatkan tahap kecemerlangan kokurikulum ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Mempertingkatkan kompetensi pengurusan kokurikulum.

HAL EHWAL MURID
1. Mengurangkan masalah disiplin ke tahap yang lebih kecil
2. Mengukuhkan dan memantapkan perpaduan dan integrasi kaum.

BACA LAGI Read more...

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak murid , masyarakat dan Negara

Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Membentuk murid-murid yang berdisiplin berkeperibadian serta berakhlak mulia

Memberi layanan mesra dan saksama serta mewujudkan hubungan akrab di antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.

Meningkatkan imej sekolah kebangsaan kuala kurau sebagai sekolah yang berwawasan cemerlang dari segi kurikulum , kokurikulum dan sahsiah.

BACA LAGI Read more...

VISI & MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau
akan menjadi sekolah cemerlang
dan dihormati di daerah Kerian
menjelang 2015

MISI SEKOLAH


Kami seluruh warga

Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau

akan berusaha melahirkan murid-murid yang cemerlang

dalam kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran

yang berkualiti , meningkatkan pencapaian

kokurikulum dengan penglibatan semua murid,

mengamalkan sahsiah mulia,celik dan mesra teknologi

serta mengeratkan permuafakatan semua pihak

kearah satu matlamat ‘ Cemerlang Segala Bidang.

BACA LAGI Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

MUTIARA KATA

" Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selaludan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

DENGAR ALQURAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

" Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."

Followers

SEMAK PRODUK HALAL

TETAMU KAMI

PENAFIAN

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK KUALA KURAU melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK KUALA KURAU tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

© 2010 BLOG J-QAF SK KUALA KURAU, Hakcipta Terpelihara. The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP